Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata : ''Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW : ''Cukuplah bagimu Shafiyah itu begini-begini''. Berkata setengah daripada perawi hadith : ''Yang dimaksudkan oleh Aisyah bahawa Shafiyah itu pendek atau rendah orangnya''. Maka Rasulullah SAW bersabda : ''Engkau telah menuturkan kalimat yang jikalau dicampur dengan air lautan nescaya kalimat itu akan membusukkannya''. Dan berkata pula Aisyah Radhiallahu anha : ''Pernah aku ceritakan kepada Rasulullah SAw tentang hal seseorang'', lalu beliau bersabda : ''Aku tidak suka menceritakan hal seseorang sesungguhnya walaupun diberikan kepadaku begini begini''. (Hadith Riwayat Tirmizi)
Siti Shafiyah yang disebutkan dalam hadith di atas adalah salah seorang di antara isteri Rasulullah SAW, iaitu madu kepada Aisyah. Maka apabila Aisyah mengeluarkan ungkapan yang memberi isyarat penghinaan kepada Siti Shafiyah lalu Nabi SAW dengan segera menegurnya dan membanyangkan betapa besar bencana hasil ucapan kalimah penghinaan yang diperkatakan.
Begitu besar dosa yang dibawa oleh lidah seseorang yang tidak bertulang ini. Hanya dengan satu kalimat yang mudah sekali diucapkan, tiba-tiba kalimat tersebut telah mampu mencemar lautan yang luas tidak bertepi. Terkadang kita terlalu senang menghitung dan menyebutkan keaiban orang lain, senang mengumpat dan mudah menghina orang kerana kita terlupa dengan dosa besar yang dibawa oleh lidah, tetapi apabila kita mahu berfikir dan merenung sejenak kepada bencana yang diakibatkan oleh lidah, barulah lidah kita rasa tersentak daripada menuturkan perkataan yang keji dan terkutuk itu.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Sepatah Kata Yang Mencemar Air Lautan
Posted by Ammar Roslan at 1:16:00 AM
Labels: 40 Hadith - Penawar Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan