Ahad, 7 Ogos 2011

Jauhi Tujuh Pembinasa

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda : ''Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan.'' Sahabat bertanya : ''Ya Rasulullah, Apakah tujuh pembinasa itu?'' Nabi SAW menjawab : ''Menyukutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran menurut syara', memakan harta riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran (di waktu berkecamuk peperangan) dan menuduh berzina terhadap perempuan-perempuan mu'minah yang baik, yang selalu menjaga diri daripada perbuatan yang keji.'' (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tujuh perkara yang disebutkan dalam hadith ini adalah di antara dosa - dosa besar yang terbesar sekali. Masyarakat hendaknya dibersihkan daripada tujuh perkara ini kerana ia adalah punca segala kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat. Segala pembangunan tidak akan berjaya dan belum memberkan makna yang baik kepada manusia selagi dosa - dosa ini belum berjaya dihapuskan.

0 comments: