Sabtu, 19 Mac 2011

Mujahid Yang Sial

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu 'Anhu bahawasanya seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya. Dan dalam riwayat lain, "Ada seseorang yang berperang untuk menunjukkan keberaniannya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya (kerana ada diantara keluarganya yang telah terbunuh dalam peperangan yang lalu)."Dan dalam riwayat yang lain pula ada disebutkan : "Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya, maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?" Rasulullah SAW menjawab : "Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah SWT (Agama Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT menghendaki supaya para mujahid mengikhlaskan niat mereka semata-mata kerana Allah SWT, tidak dicampuri dengan tujuan-tujuan lain. Allah SWT hanya menerima pengorbanan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaanNya dan tidak mahu menerima pengorbanan yang dicampur dengan tujuan-tujuan lain walaupun hanya sedikit.

0 comments: