Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang bersembahyang tetapi yang didapatinya dari sembahyang itu hanyalah letih berjaga malam sahaja." (Hadith Riwayat Nasai)
Sembahyang adalah tiang agama dan syi'ar bagi masyarakat Islam. Allah SWT menyuruh hambaNya bersembahyang adalah supaya mereka selalu mengingatiNya dan menghampirkan diri kepadaNya. Dari kerana itu hendaklah sembahyang itu disempurnakan syarat, rukun dan sunat-sunatnya supaya sembahyang itu menjadi sah pada hukum zahirnya dan hendaklah pula disempurnakan adab batinnya iaitu 'khusyu'' sewaktu mengerjakannya, kerana ia merupakan 'roh' kepadanya, dan hati orang yang bersembahyang itu adalah tempat pandangan Allah SWT yang menentukan nilai kepada sembahyang tersebut. Maka apabila seseorang bersembahyang sedangkan hatinya lalai dari sembahyang, bererti dia tidak menghargai pandangan Allah SWT kepadanya. Alangkah besarnya bohong seseorang yang lidahnya mengucapkan :
Ertinya : "Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan Yang Menjadikan langit dan bumi..." sedangkan hatinya mengingati lain daripadaNya. Maka oleh kerana itu pernah Imam Hasan al-Bashri mengatakan :
Ertinya : "Setiap sembahyang yang tidak ada khusyu' hati bersamanya adalah lebih hampir kepada siksaan."
Maka berusahalah untuk mendapatkan khusyu' dalam sembahyang dengan menghadirkan hati pada setiap bacaan yang diucapkan dan tanamkan di dalam hati akan kebesaran Allah SWT dan keagunganNya sambil memandang rendah kepada diri dan rasa malu kepada Allah SWT disertai pula dengan kebimbangan terhadap amalan yang telah dilakukan, apakah ia diterima atau tidak, namun perlu dicampuri dengan menaruh harapan yang besar agar sembahyang kita yang tidak seberapanya itu diterima di sisiNya, bukan kerana keindahan sembahyang yang kita lakukan tetapi hanyalah semata-mata dengan limpah kurnia daripada Allah SWT sahaja.

0 comments:
Catat Ulasan