Daripada Abdullah Bin Mas'ud Radhiallahu 'Anhu, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat takbur (kesombongan) sekalipun hanya seberat debu." Lalu ada salah seorang di antara sahabat yang bertanya: "Sesungguhnya ada seseorang yang suka bahawa pakaiannya itu baik dan kasutnya baik." Nabi SAW menjawab : "Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Takbur itu menolak yang benar dan menghina orang lain." (Hadith Riwayat Muslim)
Hadis di atas menerangkan kepada kita bahawa sifat takbur sangatlah dimurkai oleh Allah SWT. Dan orang yang takbur akan dimasukkan ke dalam api neraka walaupun sifat itu hanya sedikit sekali ada pada dirinya. Orang yang sombong bererti merebut sifat kebesaran Allah SWT. Sebenarnya Allah SWT sahaja yang layak untuk membesarkan diri dan sesiapa yang cuba mahu merebut sifat ini daripadaNya, Ia akan memusnahkan orang itu dan akan menjerumuskannya ke dalam jurang api neraka.
Kemudian kalau kita melihat kepada cerita antara Nabi Adam 'Alaihissalam dengan iblis, jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah mengusir Iblis dari dalam syurga oleh kerana sifat takburnya, di mana ia tidak mahu mengikut perintah Allah SWT supaya sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam. Allah SWT mengatakan kepada Iblis :
Maksudnya :
"Maka keluarlah engkau daripadanya (Syurga atau langit), maka engkau adalah orang yang terkutuk." (Surah Al-Hijr ayat 34)
Jadi sifat takbur menyebabkan iblis terusir daripada kemuliaan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya. Iblis diusir dari Syurga atau menurut pendapat sebahagian ulama diusir dari atas langit (lihat Tafsir Jalalain pada tafsir ayat yang kita sebutkan di atas) adalah dari kerana takburnya, maka sangat munasabah pula sifat takbur itu menjadi penghalang bagi penghuni bumi ini untuk dapat masuk ke dalam Syurga.

0 comments:
Catat Ulasan